SIK: Seorang kanak-kanak lelaki warganegara Indonesia berusia lapan tahun cedera pada tapak tangan dan kaki didakwa akibat dirotan oleh tenaga pengajar di sebuah madrasah dekat sini.
Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 9.24 malam, 11 Nov lepas selepas ibu angkat kanak-kanak itu menemukan kesan lebam pada anggota badan mangsa.
Beliau berkata pengadu berusia 40 tahun yang merupakan seorang pengusaha taska di Pulau Pinang itu mendakwa anak angkatnya dirotan hingga mengakibatkan kecederaan pada tapak tangan dan kaki.
"Kecederaan anak angkatnya disedari apabila pengadu pergi ke madrasah itu secara mengejut dan membawa anak angkatnya keluar makan.
"Setibanya di kedai makan, kanak-kanak itu mengadu rasa sakit semasa duduk. Melihat kesan lebam pada mangsa, pengadu kemudian membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun, yang merupakan seorang tenaga pengajar di madrasah terbabit pada 10.38 pagi, 12 Nov lepas.
"Hasil siasatan awal, mangsa disyaki telah dirotan menggunakan satu batang paip jenis PVC hingga mengakibatkan mangsa mengalami kesan lebam dan bengkak. Pemeriksaan oleh pakar perubatan mengesahkan bahawa mangsa mengalami kecederaan tisu lembut," katanya.
Menurut Abdull Razak kes berkenaan telah dirujuk kepada pihak pendakwaan dan lelaki itu akan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023
Pengadu mendakwa anak angkatnya dirotan hingga mengakibatkan kecederaan pada tapak tangan dan kaki.- Gambar hiasan
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pemimpin lebih muda mampu ubah masa depan negara - Tun M
Menurut Mahathir, pemimpin sekarang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, tidak manfatkaan sumber negara sebaiknya, dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
HUAWEI tawar teknologi pengurusan bencana
Huawei menawarkan kepakaran kepakaran mereka dalam Sistem Pengurusan Bencana , Amaran Awal Bencana dan Sistem Pemantaun Banjir.
Polis buru lelaki kes samun bersenjata tular di FB
Polis sedang giat memburu seorang lelaki terlbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong di Ipoh, pada Rabu.
Wanita maut, empat termasuk kanak-kanak cedera, nahas dua kenderaan
Kemalangan di Kampung Gajah itu membabitkan kereta jenis Perodua Kancil dan Proton Perdana.
Gambar tular: 'Budak cedera diserang beruk, bukan harimau' - Perhilitan
Perhilitan Perak menafikan berlakunya serangan harimau hingga mencederakan seorang kanak-kanak di Gerik, seperti yang tular di media sosial.
Kanak-kanak lelaki cedera dirotan
Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera pada tapak tangan dan kaki didakwa akibat dirotan oleh tenaga pengajar di sebuah madrasah di Sik.
Wanita, tiga kanak-kanak cedera kemalangan dengan kereta kebal ATM
Seorang wanita berusia 54 tahun menaiki MPV jenis Honda Odyssey bersama tiga kanak-kanak lelaki berusia tujuh, lima dan empat tahun.
Budak 4 tahun cedera digigit kumpulan anjing liar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas diserang sekumpulan anjing liar dalam kejadian di kawasan lapang Jalan Mampakad Laut, di Pitas pada Rabu.
Lelaki warga emas ditahan bantu siasatan kes kanak-kanak perempuan hilang
Polis menahan seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan berhubung seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda.
Empat kanak-kanak cedera bakar mercun yang diubah suai
Empat kanak-kanak cedera akibat terkena letupan mercun yang diubah suai dalam kejadian di Kuala Nerus, Selasa lepas.